Skip to main content

Malaysia

Sultan Pahang terima menghadap Ketua Pesuruhjaya SPRM

Putrajaya, 19 Jun - Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Abd Halim Aman di Shahzan House Ampang, di sini semalam.
Dalam pertemuan selama sejam itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar sembah taklimat mengenai perkembangan terkini suruhanjaya tersebut. - Foto FB SPRM

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman di Shahzan House, Ampang di sini, semalam.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam pertemuan selama sejam itu, Al-Sultan Abdullah berkenan mendengar sembah taklimat mengenai perkembangan terkini suruhanjaya tersebut.

Selain itu, SPRM turut mempersembahkan pelbagai perkara berkaitan usaha memperkukuh integriti dan memerangi rasuah di negara ini.

"Pertemuan turut menyentuh isu-isu semasa berhubung tadbir urus, pencegahan rasuah serta inisiatif yang dilaksanakan SPRM dalam meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan,"  menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Abd Halim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan baginda meluangkan masa menerima menghadap serta mendengar sembah taklimat berhubung peranan dan perkembangan semasa SPRM.

Abdul Halim juga menjunjung kasih atas sokongan dan keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap usaha berterusan membanteras gejala rasuah demi memastikan tadbir urus yang telus, berintegriti dan berakauntabiliti di negara ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement