Skip to main content

Malaysia

Sim minta siasatan menyeluruh kes sindiket pemerdagangan orang di Bukit Mertajam

GEORGE TOWN, June 18 -- Minister of Entrepreneur and Cooperative Development Steven Sim Chee Keong having a dialogue session with participants of the Penang Economic Forum 2026 here today.  The one-day forum is jointly organised by RHB Banking Group, Penang Institute and the Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives.  --fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED
Menurut Sim, pejabatnya akan terus mengikuti perkembangan kes itu dengan rapat selain bekerjasama dengan agensi penguat kuasa termasuk PDRM dan Jabatan Imigresen. - Gambar fail/Bernama

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap kes pemerdagangan orang yang dibongkar di Berapit, Bukit Mertajam bagi memastikan semua individu terlibat termasuk dalang sindiket diambil tindakan dengan segera.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata kejayaan PDRM, khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah dan Bukit Aman, membongkar serta membanteras sindiket tersebut membuktikan komitmen dan kecekapan pasukan penguat kuasa dalam menangani jenayah rentas sempadan.

“Saya ingin merakamkan penghargaan dan mengucapkan tahniah kepada PDRM...pada masa sama, saya meminta PDRM dan Kementerian Dalam Negeri untuk terus mempertingkat usaha penguatkuasaan dan pemantauan bagi membanteras kegiatan pemerdagangan orang serta sindiket penipuan yang semakin kompleks,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam akan terus mengikuti perkembangan kes itu dengan rapat selain bekerjasama dengan agensi penguat kuasa termasuk PDRM dan Jabatan Imigresen bagi memastikan langkah pencegahan diperkukuh.

Jumaat lepas, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata pasukan keselamatan itu membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dalam serbuan di sebuah premis di Berapit dengan menyelamatkan seorang wanita Cameroon yang dipercayai dikurung dan dieksploitasi.

Polis turut menahan seorang lelaki Taiwan yang dipercayai bertindak sebagai majikan dan pengendali kegiatan itu selain menahan 29 warga asing termasuk sembilan yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pengenalan diri sah.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement