JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Turkiye untuk lawatan khas pada hari ini.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 9 pagi tadi.
Pada lawatan itu, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istanbul Shipyard.
-- BERNAMA