Skip to main content

Malaysia

PM Anwar mahu PTD jadi penjawat awam berintegriti, berani laksana perubahan

Sewaktu bertemu para kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sedang mengikuti  Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam, saya tekankan bahawa amanah sebagai penjawat awam menuntut integriti, kecekapan, keberanian melakukan perubahan serta iltizam untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya. -- FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amanah sebagai penjawat awam menuntut integriti, kecekapan, keberanian melakukan perubahan serta iltizam untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amanah sebagai penjawat awam menuntut integriti, kecekapan, keberanian melakukan perubahan serta iltizam untuk sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perkara itu ditekankan ketika bertemu dengan para kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam, di pejabat beliau di Putrajaya, hari ini.

“Masa depan negara bergantung pada barisan kepimpinan dan perkhidmatan awam yang berwibawa, berprinsip serta mampu mengangkat tatakelola yang baik demi Malaysia yang lebih maju, adil dan sejahtera,” kata Anwar.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement