Skip to main content

Malaysia

Penuntut IPTA ditampar: Polis akan rakam keterangan saksi

KUANTAN, 23 Jun -- Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman bercakap berhubung isu kecurian kabel di tapak binaan laluan ECRL antara Gebeng-Gambang ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat. - Gambar fail/Bernama

KUANTAN: Polis Pahang akan merakam keterangan beberapa saksi kejadian bagi melengkapkan siasatan kes penuntut lelaki di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mendakwa ditampar seorang ahli politik di Janda Baik, Bentong, bulan lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya menerima laporan kes itu daripada penuntut berusia 23 tahun terlibat pada 12.11 tengah hari Sabtu lepas, mendakwa kejadian berlaku pada 20 Mei sewaktu menghadiri sebuah program anjuran institusi terbabit. 

“Siasatan awal polis mendapati seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun yang merupakan ahli politik dipercayai telah menampar pipi kiri mangsa di hadapan beberapa individu. 

“Mangsa membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ahli politik itu dan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Yahaya berkata ahli politik itu juga membuat laporan polis kira-kira 7 malam semalam. 

“Polis telah merakam keterangan mangsa dan suspek serta akan merakam keterangan beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan,” katanya. 

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement