Skip to main content

Malaysia

Peguam fail rayuan semakan kehakiman berhubung isu tidak isytihar darurat

PUTRAJAYA , 6 Jan -- Anggota dan pegawai polis mengawal sekitar Istana Kehakiman Putrajaya bagi tujuan keselamatan ketika penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir bagi pendengaran rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum Diraja._BERNAMA
Pada 4 Mei tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan menolak rayuan peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar. - Gambar hiasan/Bernama

PUTRAJAYA: Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar memfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran merayu berkaitan semakan kehakimannya berhubung keputusan bekas Yang di-Pertuan Agong yang tidak bertindak atas nasihat perdana menteri untuk mengisytiharkan darurat, lima tahun lepas. 

Beliau ketika dihubungi Bernama berkata notis usul itu difailkan pada Jumaat lepas melalui firma guaman Messrs R. Kengadharan & Co.

Pada 4 Mei tahun ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Collin Lawrence Sequerah, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Supang Lian dan Datuk Dr Alwi Abdul Wahab menolak rayuan Syed Iskandar.

Syed Iskandar sebelum ini memfailkan saman pemula pada 2020, memohon untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Beliau menamakan Kerajaan Malaysia dan 10 lagi sebagai defendan.

Pada 15 Feb 2024, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman pemula difailkan Syed Iskandar, antara lain memohon mahkamah menentukan sama ada di bawah Perkara 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk menolak pengisytiharan Darurat walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Sequerah berkata Perkara 150(8) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa perkara berkenaan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mahkamah.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement