Skip to main content

Malaysia

LRT3 Laluan Shah Alam mula operasi Isnin, PM rasmi Ahad ini

Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke di sidang media Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan, Cheras. - Gambar/ Astro AWANI

CHERAS: Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya hingga Johan Setia, Klang akan mula beroperasi Isnin depan selepas majlis perasmiannya dijadual berlangsung Ahad ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, majlis perasmian perkhidmatan baharu itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ia dibuka kepada orang ramai keesokan harinya.

“Majlis perasmian akan dibuat Ahad ini dan operasi akan mula berkuat kuasa pada hari berikutnya,” katanya pada sidang media di Majlis Perasmian Pembukaan Pejabat Baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Bandar Tasik Selatan, Cheras pada Isnin.

Beliau berkata, pelaksanaan LRT3 merupakan antara projek pengangkutan awam utama yang telah lama dinantikan dan dijangka memberi kemudahan lebih luas kepada penduduk di koridor barat Lembah Klang.

Laluan sepanjang 37.8 kilometer itu menghubungkan kawasan berpenduduk padat termasuk Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang, sekali gus memperkukuh rangkaian rel bandar serta mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.

Must Watch Video

Advertisement