Skip to main content

Malaysia

Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut terjatuh dari tingkat tujuh

Threads Luqs
Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, Kajang, awal pagi Isnin. - Gambar Thread @who.is.luqs

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Sepakat Indah 2, di sini, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian di Blok AB, Apartmen Sri Lavender daripada seorang lelaki menerusi talian MERS 999 pada 7.12 pagi.

Beliau berkata, pasukan perubatan yang tiba di lokasi telah membuat pemeriksaan serta mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Naazron berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu terjatuh dari kediaman bertingkat berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Bagaimanapun, kes turut disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mempunyai unsur pengabaian," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau turut menasihati ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak dan memastikan keselamatan mereka terutamanya di kawasan kediaman bertingkat.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement