Skip to main content

Malaysia

Dua rentung kereta dinaiki terbakar di susur keluar Lebuhraya DUKE

KUALA LUMPUR - Dua rentung, seorang lagi selamat selepas kereta dinaiki terbabas dan terbakar dalam kejadian di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) susur keluar Jalan Kuching di sini pada Sabtu.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan kemusnahan kereta dilaporkan 100 peratus. - Foto JBPM KL

KUALA LUMPUR: Dua individu rentung selepas kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum terbakar di susur keluar Jalan Kuching, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di sini, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.20 pagi.

Menurut kenyataan JBPM, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang dan Sri Hartamas telah dikerah ke lokasi kejadian bagi kerja-kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah kenderaan terbakar dengan tiga mangsa berada di dalam kenderaan berkenaan.

“Dua mangsa ditemukan rentung selepas tersepit dalam kenderaan yang terbakar, manakala seorang lagi berjaya diselamatkan dan telah diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut," menurut kenyataan itu.

JBPM memaklumkan punca kemalangan dan kebakaran masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement