Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mei 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mei 2026.
 

  1. Pertumbuhan ekonomi negara lebih tinggi berbanding unjuran awal kerajaan - PM Anwar

    Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi negara pada 2025 serta suku pertama tahun ini merekodkan prestasi lebih tinggi daripada unjuran awal kerajaan.
     

  2. Tiada wang tambang, empat remaja ditahan serang pemandu e-hailing

    Kesemua suspek direman sehingga esok sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
     

  3. SPRM cari Tsen Hee, Mohd Ridhuan Chee

    Dua lelaki sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes.
     

  4. Tang Jie-Ee Wei dinobat Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan 2025

    Pengiktirafan itu turut mencipta sejarah apabila mereka menjadi pasangan beregu campuran pertama merangkul anugerah berprestij berkenaan.

     
  5. Sultan Sharafuddin saran Siew Ki, Ronnie Liu kunjungi Dataran Selangor seminggu sekali, hayati Rukun Negara

    Mereka disaran hadir seminggu sekali bagi mengimbas kembali sejarah pembentukan Rukun Negara yang tercetus susulan darurat selepas rusuhan kaum 1969.

     
  6. GSF 2.0: 25 rakyat Malaysia sah diculik Israel

    Seramai 25 rakyat Malaysia yang menyertai misi pelayaran kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza, disahkan diculik rejim Zionis Israel.

     
  7. Kenapa mereka begitu benci Zara? - Ibu saudara

    Saksi ke-71 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir sebak ketika memberikan keterangannya di Mahkamah Koroner di sini apabila mengenangkan keadaan barangan peribadi anak saudaranya itu yang didakwa dilonggokkan seperti sampah semasa berada di asrama sekolah.

     
  8. 16,681 warga asing ditahan, 737 majikan diambil tindakan - Imigresen 

    Seramai 16,681 warga asing dan 737 majikan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi 4,785 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di seluruh negara setakat 15 Mei lalu. 

     
  9. Lima subsektor pembuatan dikenal pasti paling terkesan akibat krisis bekalan global - Akmal Nasrullah

    Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Ahmad Nasir. berkata subsektor itu ialah automotif dan komponen, makanan dan minuman, plastik dan pembungkusan, kimia dan petrokimia serta elektrik dan elektronik.

     
  10. GSF 2.0: Kementerian Luar desak Israel beri layanan sempurna, bebaskan segera rakyat Malaysia

    Kementerian Luar mendesak rejim zionis Israel supaya segera membebaskan kesemua rakyat Malaysia yang ditahan dalam misi Global Sumud Flotila 2.0 (GSF 2.0).

Must Watch Video

Advertisement