Skip to main content

Malaysia

Bekas Pengarah JANS didapati bersalah, dipenjara 96 tahun dan denda RM284.3 juta

KOTA KINABALU, 19 Mei -- Keputusan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib, isterinya dan bekas Timbalan Pengarah jabatan itu dijadual diputuskan di Mahkamah Sesyen hari ini.  Hakim Abu Bakar Manat dijangka menyampaikan keputusan sama ada Ag Mohd Tahir, 63, isterinya Fauziah Piut, 61, serta Lim Lam Beng, 72, dibebaskan atau disabitkan atas pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan
Ag Mohd Tahir (kiri) juga berdepan dengan hukuman penjara keseluruhan 78 bulan jika gagal menjelaskan denda. - Foto Bernama

KOTA KINABALU: Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, didapati bersalah berhubung kes pengubahan wang haram terbesar di Sabah yang dikaitkan dengan jabatan itu pada 2016.

Bagaimanapun, isterinya, Fauziah Piut, 61, dan bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Lim Lam Beng, 72, dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan dalam keputusan Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Ag Mohd Tahir.

Dalam keputusannya, Ag Mohd Tahir dikenakan hukuman penjara keseluruhan selama 96 tahun atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Beliau turut dikenakan denda keseluruhan RM284.3 juta dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara selama 78 bulan.

Hakim sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun serta denda antara RM5 juta hingga RM120 juta bagi setiap pertuduhan, selain memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Beliau turut dikenakan denda keseluruhan RM284.3 juta dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara selama 78 bulan.

Hakim sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun serta denda antara RM5 juta hingga RM120 juta bagi setiap pertuduhan, selain memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh sabitan.

Mahkamah turut berpendapat penjelasan tersebut sebagai sesuatu yang difikirkan kemudian dan tidak mencukupi untuk menimbulkan keraguan munasabah atau menangkis keterangan saksi pendakwaan.

Sementara itu, Fauziah dan Lam Beng yang dibicarakan bersama dalam kes pengubahan wang haram tersebut masing-masing dilepas dan dibebaskan selepas mahkamah memutuskan adalah tidak selamat untuk mensabitkan mereka.

Fauziah turut dibebaskan daripada dua pertuduhan yang dihadapinya bersama Ag Mohd Tahir selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen niat bersama.

Ketiga-tiga mereka didakwa pada 28 Disember 2016 dan mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Ag Mohd Tahir selaku tertuduh pertama berdepan 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta satu pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) akta sama.

Fauziah pula berdepan 19 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama selain dua pertuduhan bersama Ag Mohd Tahir mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesalahan melibatkan Ag Mohd Tahir dan isterinya itu didakwa dilakukan di pejabatnya di sini, sebuah rumah di Sembulan, cawangan bank, sebuah kondominium di Sulaman serta sebuah menara di Kuala Lumpur antara 4 Oktober hingga 4 November 2016.

Lam Beng pula berdepan empat pertuduhan kerana didakwa memiliki sebuah Toyota Land Cruiser, wang tunai RM200,000, RM1.9 juta dan RM280,000 yang dipercayai hasil aktiviti haram di pejabat SPRM, Jalan UMS dan sebuah rumah di sini antara 13 Oktober hingga 8 November 2016.

Kes tersebut sebelum ini menarik perhatian ramai apabila SPRM melakukan antara rampasan terbesar pernah direkodkan di Sabah membabitkan wang tunai dan barangan berharga bernilai puluhan juta ringgit.

Imej timbunan wang tunai dalam bilik dan bertaburan di atas lantai yang tersebar meluas di media tempatan ketika itu menjadikan siasatan berkenaan antara skandal rasuah paling mendapat perhatian di negara ini.

Lebih RM45 juta wang tunai ditemukan dengan Ag Mohd Tahir iaitu lebih RM23 juta di pejabatnya termasuk di dalam kabinet kayu, kabinet televisyen, sofa dan di dalam beg atas mejanya.

Wang tunai lebih RM13 juta pula dijumpai dalam dua keretanya dan lebih RM8 juta di kediamannya hinggakan SPRM dilapor mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengira semua wang yang dirampas.

SPRM turut merampas sembilan kenderaan mewah, 94 beg tangan mewah, barang kemas dan jam tangan mewah.

Selepas beberapa siri penangguhan, perbicaraan bermula pada 7 Mei 2018 dengan pihak pendakwaan memanggil 46 saksi di hadapan hakim yang sama.

Sepanjang prosiding berlangsung, Ag Mohd Tahir memanggil 15 saksi pembelaan termasuk beberapa individu yang pada awalnya ditawarkan pihak pendakwaan seperti bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan bekas menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Fauziah pula hanya memberikan kenyataan tidak bersumpah dalam pembelaannya dan baki kesnya bergantung kepada saksi yang dipanggil Ag Mohd Tahir, manakala Lam Beng memberikan kenyataan bersumpah sebagai satu-satunya saksi pembelaannya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim.

Sementara itu, Ag Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam Datuk Ansari Abdullah, Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Fadzidahtul Ardianah, Rasrina Patrick T Rining dan Noorsyazwani Sapri, manakala Lim diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh serta Kelvin Wong.

Untuk rekod, bekas timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kong sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 13 Disember 2016 terhadap 146 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM32.923 juta.

Beliau pada awalnya dijadual dibicarakan bersama ketiga-tiga tertuduh berkenaan, namun dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah sama pada 17 Mac 2022 sebelum kemudiannya menjadi saksi pendakwaan dalam kes tersebut.

Must Watch Video