Skip to main content

Malaysia

587,801 penawaran pekerjaan diiklankan dalam talian pada suku keempat 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin ketika ditemui selepas menghadiri program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, hari ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan syarikat yang mengiklankan tawaran kerja pada suku keempat 2025 meningkat kepada 80,287. - Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Sebanyak 587,801 penawaran pekerjaan diiklankan secara dalam talian pada suku keempat tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) seperti dilaporkan dalam terbitan Analisis Data Raya: Job Market Insights Penawaran Pekerjaan Diiklankan Dalam Talian di Malaysia, ST4 2025.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata bilangan syarikat yang mengiklankan tawaran kerja pada suku keempat 2025 meningkat kepada 80,287 berbanding 77,615 pada suku ketiga tahun yang sama.

"Penawaran pekerjaan dalam talian tertumpu kepada kategori profesional, merangkumi 46.4 peratus atau 272,698 penawaran pekerjaan berbanding 268,178 penawaran pekerjaan pada suku ketiga 2025. 

"Kategori juruteknik dan profesional bersekutu merekodkan 93,358 penawaran, diikuti oleh pengurus dengan 88,080 penawaran pekerjaan," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata pemintaan lebih tinggi diperhatikan bagi profesional pengiklanan dan pemasaran dengan 42,411 penawaran pekerjaan diiklankan; diikuti pengarah urusan dan ketua eksekutif (36,656 penawaran pekerjaan); profesional pentadbiran bersekutu (29,569 penawaran pekerjaan); profesional pentadbiran (22,093 penawaran pekerjaan); serta akauntan dan juruaudit (20,111 penawaran pekerjaan).

Beliau berkata sektor perkhidmatan terus mendominasi dengan 84.4 peratus atau 496,065 penawaran pekerjaan pada suku keempat 2025, berbanding 77.2 peratus pada suku ketiga 2025.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement