Skip to main content

Dunia

Vietnam denda pengguna media sosial sebar berita palsu mulai 1 Julai

41586509211_GadgetAddiction.jpg
Penalti yang sama juga akan dikenakan atas kesalahan seperti berkongsi imej grafik yang menggambarkan pembunuhan, keganasan, kemalangan atau adegan lain yang mengganggu. - Gambar hiasan

HANOI: Vietnam akan mengenakan denda antara 20 juta hingga 30 juta dong Vietnam (kira-kira AS$794 hingga AS$1,190) ke atas individu yang menyalurkan atau berkongsi maklumat palsu, salah, diputar belit atau fitnah di media sosial yang menjejaskan reputasi agensi dan organisasi atau kehormatan dan maruah individu, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan Nhan Tuday.

Penalti yang sama juga akan dikenakan atas kesalahan seperti berkongsi imej grafik yang menggambarkan pembunuhan, keganasan, kemalangan atau adegan lain yang mengganggu, atau mengedarkan karya jurnalistik, sastera atau artistik berhak cipta tanpa kebenaran.

Undang-undang itu juga meliputi mempromosikan barangan atau perkhidmatan yang dilarang, menyiarkan peta Vietnam yang memberi gambaran salah tentang kedaulatan negara, dan berkongsi pautan ke kandungan dalam talian yang diharamkan di bawah undang-undang Vietnam, menurut laporan itu.

Dasar berkenaan akan dimasukkan ke dalam dekri kerajaan yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.

-- BERNAMA- XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement