Skip to main content

Dunia

Tiada perbincangan teknikal dengan AS di Doha minggu ini - Iran

Kazem Gharibabadi
Kazem Gharibabadi sebagai berkata bahawa laporan media berhubung penganjuran perbincangan kumpulan kerja teknikal antara Tehran dan Washington di Doha “tidak disahkan”. - X Kazem Gharibabadi

ISTANBUL: Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi pada Isnin menegaskan bahawa "tiada perbincangan teknikal" dijadualkan berlangsung dengan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara Qatar, Doha minggu ini, sekali gus menafikan laporan media AS, lapor Anadolu Ajansi, memetik laporan agensi berita IRNA.

Gharibabadi sebagai berkata bahawa laporan media berhubung penganjuran perbincangan kumpulan kerja teknikal antara Tehran dan Washington di Doha “tidak disahkan”.

"Mesyuarat teknikal bagi kumpulan-kumpulan kerja berkenaan tidak dijadualkan pada minggu ini," katanya.

Menurut Gharibabadi, rundingan dengan Qatar masih berterusan, termasuk usaha untuk menyusuli pelaksanaan komitmen AS di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani baru-baru ini.

"Pusingan pertama perbincangan teknikal dalam kumpulan kerja yang ditetapkan akan diadakan sebaik sahaja syarat-syarat dipenuhi dan selepas persetujuan dicapai mengenai tarikh serta lokasi," katanya.

Pegawai kanan Iran itu turut berkata rundingan mengenai isu berkenaan masih diteruskan menerusi negara-negara pengantara.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement