Skip to main content

Dunia

Singapura suarakan kebimbangan tarif kepada Rubio, tekankan lebihan dagangan AS

US Secretary of State Marco Rubio meets with Singapore's Foreign Minister Vivian Balakrishnan on the sidelines of the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Foreign Ministers Meeting in Pasay, Metro Manila on July 23, 2026. BRENDAN SMIALOWSKI/Pool via REUTERS
Vivian (kiri) berjabat tangan dengan Rubio, di Manila, pada Khamis. - REUTERS

SINGAPURA: Singapura menegaskan kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa tiada asas teknikal atau ekonomi untuk mengenakan tarif terhadap republik itu memandangkan Washington mencatat lebihan dagangan yang semakin meningkat dengan negara berkenaan, kata Menteri Luar, Vivian Balakrishnan.

Perkara itu disampaikan ketika pertemuan beliau dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-59 di Manila pada Khamis.

Balakrishnan berkata, AS mencatat lebihan dagangan yang semakin meningkat dengan Singapura, yang sepatutnya menjadi asas untuk tidak mengenakan sebarang tarif terhadap republik itu.

"Namun begitu, seperti yang anda dan saya sedia maklum, pentadbiran Amerika atas sebab politik domestiknya sendiri perlu meningkatkan hasil daripada tarif.

"Namun, kita juga perlu memastikan bahawa kita tidak menjadi mangsa keadaan dalam rancangan keseluruhan AS untuk menaikkan tarif terhadap semua rakan dagangnya," katanya kepada media Singapura pada Khamis.

Balakrishnan turut menyifatkan pertemuannya dengan Rubio sebagai perbincangan yang baik, terbuka dan terus terang.

"Beliau memahami kita, mengenali Singapura dan sememangnya seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang diplomasi dan ekonomi," katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement