Skip to main content

Dunia

Serangan terbaharu Israel musnahkan hospital di selatan Lubnan

AP
Serangan itu menyebabkan kerosakan teruk di Hospital Hiram, termasuk bilik bedah, kuarters jururawat, bilik pesakit, klinik, rangkaian elektrik dan tingkap. - Gambar/ AP

ISTANBUL: Serangan Israel awal Sabtu memusnahkan sebuah hospital di bandar Tyre di selatan Lubnan, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik agensi berita tempatan NNA.

Serangan itu menyebabkan kerosakan teruk di Hospital Hiram, termasuk bilik bedah, kuarters jururawat, bilik pesakit, klinik, rangkaian elektrik dan tingkap.

Sebuah lagi bangunan di bandar itu turut binasa dan ranap.

Pesawat perang Israel juga merosakkan sejumlah besar rumah dan infrastruktur berdekatan termasuk rangkaian air dan elektrik serta jalan dalaman di kawasan kejiranan.

Ambulans dan pasukan pertahanan awam bergegas ke lokasi untuk memeriksa kerosakan.

Tentera Israel turut melancarkan serangan udara ke atas bandar Yohmor al-Shaqif.

Lebih 3,000 terbunuh, dan 1.6 juta kehilangan tempat tinggal dalam serangan terbaharu Israel di Lubnan yang bermula pada 2 Mac, sejurus selepas tindakan balas Hizbullah terhadap perang Iran, menurut pegawai Lubnan.

Serangan Israel berterusan walaupun gencatan senjata, dengan Amerika Syarikat sebagai pengantara, masih berkuat kuasa hingga awal Julai.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement