Skip to main content

Dunia

Presiden Romania calonkan Adrian Vestea sebagai PM baharu

adrian vestea,
Presiden Romania Nicusor Dan berkata, Vestea (gambar) telah berkhidmat dengan jayanya sebagai Datuk Bandar, presiden majlis daerah dan menteri sebelumnya. - AP

BUCHAREST: Presiden Romania, Nicusor Dan pada Ahad mencalonkan Adrian Vestea, Presiden Majlis Daerah Brasov, sebagai Perdana Menteri, lapor Xinhua.

Dan memberitahu sidang akhbar, beliau telah mencalonkan Vestea, yang juga Naib Presiden Parti Liberal Kebangsaan, sebagai Perdana Menteri selepas calon Bebas Eugen Tomac melepaskan mandatnya pada pagi Ahad.

Dan menambah, Vestea telah berkhidmat dengan jayanya sebagai Datuk Bandar, Presiden Majlis Daerah dan menteri, menyatakan keyakinan bahawa beliau juga akan melaksanakan tugas tersebut dengan cemerlang.

Vestea berterima kasih kepada Dan atas kepercayaannya, sambil menambah: "Saya memikul tanggungjawab ini pada masa krisis politik. Saya mengenali Romania dengan baik dan saya memahami jangkaan orang ramai, masalah yang mereka hadapi dan apa yang perlu dilakukan."

Vestea mempunyai 10 hari untuk membentuk kerajaan dan memenangi undi percaya Parlimen.

Pencalonan baharu itu dibuat selepas Tomac, seorang penasihat kepada Presiden, gagal mendapatkan sokongan daripada parti di parlimen.

Tomac dicalonkan pada 4 Jun sebagai Perdana Menteri berikutan Parlimen Romania meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kerajaan Ilie Bolojan pada awal Mei, memaksa Bolojan dan Kabinetnya berundur.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement