Skip to main content

Dunia

PM Latvia Evika Siliņa letak jawatan susulan insiden dron di sempadan

Latvia's Prime Minister Evika Silina addresses the media on the day of a summit of the European Union and regional partners' leaders in Nicosia (Lefkosia), Cyprus, April 24, 2026. REUTERS/Yiannis Kourtoglou/File Photo
Perdana Menteri Latvia Evika Siliņa meletak jawatan pada Khamis selepas rakan gabungan dalam kerajaan pimpinannya, Progressives, menarik balik sokongan mereka susulan insiden dron di sempadan negara itu dengan Rusia. - Foto REUTERS/Yiannis Kourtoglou

RIGA: Perdana Menteri Latvia Evika Siliņa meletak jawatan pada Khamis selepas rakan gabungan dalam kerajaan pimpinannya, Progressives, menarik balik sokongan mereka susulan insiden dron di sempadan negara itu dengan Rusia, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Siliņa, anggota parti Unity yang berhaluan liberal-konservatif berkata pada sidang media di Riga bahawa keputusan itu bukan dibuat dengan mudah, namun merupakan tindakan yang tepat berdasarkan keadaan semasa.

Beliau memegang jawatan itu sejak September 2023.

Parti berhaluan kiri Progressives menarik balik sokongan mereka dan menggesa Presiden Edgars Rinkevics mengadakan rundingan bagi membentuk kerajaan baharu selepas Menteri Pertahanan Andris Spruds daripada parti itu meletakkan jawatan pada Ahad susulan tekanan daripada Siliņa.

Siliņa mahu melantik Raivis Melnis, seorang kolonel untuk jawatan itu dan bukannya anggota daripada parti Progressives.

Mengikut perlembagaan Latvia, peletakan jawatan perdana menteri secara automatik menyebabkan pembubaran seluruh Kabinet.

Siliņa, perdana menteri wanita kedua negara itu, akan terus menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video