Skip to main content

Dunia

Pertemuan Trump dengan Zelenskyy bermula di White House

FILE PHOTO: U.S. President Donald Trump and Ukrainian President Volodymyr Zelenskiy shake hands during a press conference after their lunch meeting at Trump?s Mar-a-Lago club, in Palm Beach, Florida, U.S., December 28, 2025. REUTERS/Jonathan Ernst/File Photo
Pertemuan antara Presiden Donald Trump dan Presiden Volodymyr Zelenskyy bermula di White House pada 9.47 pagi waktu tempatan. - Gambar fail Reuters

WASHINGTON: Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy bermula di White House pada 9.47 pagi waktu tempatan (1347 GMT) pada Selasa, menurut Kumpulan Wartawan White House, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Zelensky tiba pada kira-kira 9.40 pagi waktu tempatan (1340 GMT) dan masuk menerusi pintu sisi Sayap Barat, menurut kumpulan wartawan berkenaan.

Pada Isnin, perkhidmatan akhbar White House memberitahu RIA Novosti, Trump dijadualkan menyambut kedatangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Zelensky pada 28 Julai. 

Presiden AS itu dijangka membincangkan pelan penyelesaian damai berhubung konflik Ukraine bersama Zelenskyy.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Ukraine, Yaroslav Zheleznyak memaklumkan, Zelenskyy akan berlepas ke AS bagi menghadiri mesyuarat "laluan perdamaian"  serta menghadiri majlis pengebumian Senator Lindsey Graham.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement