Skip to main content

Dunia

Pameran teknologi bola sepak tarik minat peminat Piala Dunia di Kanada

FILE PHOTO: The dome at Science World has been transformed into a 360-degree, 40-metre-diameter re-creation of a match ball ahead of the FIFA World Cup soccer tournament in Vancouver, British Columbia, Canada, June 3, 2026. REUTERS/Jennifer Gauthier/File Photo
Kubah di Science World diubah menjadi rekaan semula bola perlawanan berdiameter 40 meter dengan paparan 360 darjah menjelang Piala Dunia FIFA di Vancouver, British Columbia, Kanada. - Foto REUTERS

VANCOUVER: Pameran “Soccer & Technology” dari Muzium FIFA yang membuat penampilan sulung di Amerika Utara berjaya menarik ratusan pengunjung di Science World, Vancouver, sekali gus memperkenalkan perkembangan teknologi dalam bola sepak kepada peminat.

Terletak berhampiran venue Piala Dunia, BC Place, pameran itu menampilkan lima zon bertema yang merangkumi penyiaran, data pintar, pengadilan dan permainan adil, penganjuran perlawanan serta inovasi teknologi dalam sukan tersebut.

Menurut Pengurus Kanan Reka Bentuk Pameran Science World, Sebastian Munoz, pameran itu direka bagi menghubungkan teknologi dengan pelbagai peranan dalam bola sepak, bukan sekadar pemain di padang.

“Kami mahu menunjukkan bagaimana teknologi memainkan peranan penting dalam sukan ini dan membuka peluang kerjaya yang lebih luas,” katanya.

Pameran itu turut menampilkan artifak berkaitan negara tuan rumah Piala Dunia serta kandungan yang disesuaikan dengan konteks tempatan di Vancouver dan Amerika Utara.

Munoz percaya inisiatif tersebut dapat membantu meningkatkan populariti bola sepak di Kanada, yang secara tradisinya lebih sinonim dengan sukan hoki ais.

Pengunjung memuji pameran itu kerana memberi perspektif baharu terhadap permainan. Ada yang menyifatkannya sebagai pengalaman menarik yang menggabungkan elemen sebenar bola sepak dengan inovasi teknologi di sebalik tabir.

Pameran “Soccer & Technology” akan berlangsung di Science World sehingga 7 September.
 

Must Watch Video

Advertisement