Skip to main content

Dunia

Pakistan tolak sertai Perjanjian Abraham – Menteri Pertahanan

Pakistan's Defence Minister Khawaja Muhammad Asif speaks during an interview with Reuters in Islamabad, Pakistan, October 20, 2025. REUTERS/Salahuddin Purchase Licensing Rights
Kenyataan itu dibuat Khawaja Asif (foto) susulan gesaan berterusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mahu lebih banyak negara menyertai usaha normalisasi hubungan dengan Israel. -Gambar fail/Reuters

ISLAMABAD: Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Asif menegaskan negaranya tidak akan menyertai Perjanjian Abraham bagi menormalisasikan hubungan diplomatik dengan Israel.

Memetik laporan ANI dan Samaa TV, beliau berkata pendirian itu selaras dengan prinsip serta dasar luar Pakistan.

“Kami mempunyai pendirian jelas bahawa perkara ini tidak boleh diterima,” katanya dalam temu bual bersama saluran televisyen tempatan.

Kenyataan itu dibuat susulan gesaan berterusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mahu lebih banyak negara menyertai usaha normalisasi hubungan dengan Israel.

Menerusi hantaran di platform Truth Social, Trump berkata beliau telah menggesa beberapa negara termasuk Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Pakistan, Turkiye, Mesir dan Jordan untuk menyertai perjanjian tersebut.

Menurut beliau, penyertaan negara-negara itu dalam pakatan global termasuk Iran, sekiranya bersetuju dengan perjanjian damai, boleh menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan keselamatan di Asia Barat.

Bagaimanapun, pendirian Pakistan menunjukkan cabaran diplomasi yang dihadapi Washington dalam usaha mendapatkan sokongan negara Islam utama untuk mengubah dasar luar mereka terhadap Israel.

 

Must Watch Video

Advertisement