Skip to main content

Dunia

Lapan maut dalam insiden tembakan di selatan Mesir

71556057214_tembak.jpg
Siasatan awal mendapati suspek sebelum ini pernah menerima rawatan di sebuah hospital psikiatri di Kaherah, namun motif serangan masih belum dikenal pasti. -Gambar hiasan

KAHERAH: Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan yang mengorbankan lapan orang dan mencederakan lima yang lain di sebuah hab pengangkutan di wilayah Assiut, selatan Mesir.

Kementerian Dalam Negeri Mesir mengesahkan insiden itu berlaku pada Isnin di kawasan Abanoub, apabila penyerang melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan ke arah orang awam.

Siasatan awal mendapati suspek sebelum ini pernah menerima rawatan di sebuah hospital psikiatri di Kaherah, namun motif serangan masih belum dikenal pasti.

Pasukan keselamatan yang tiba di lokasi kemudian melancarkan operasi mengesan suspek, yang dipercayai sempat melarikan diri ke kawasan pertanian berhampiran.

Menurut pihak berkuasa, suspek akhirnya dikepung sebelum berlaku kejadian berbalas tembakan, yang membawa kepada kematiannya di tempat kejadian.

Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan suasana panik dengan kehadiran ambulans di lokasi, manakala satu klip lain memaparkan seorang lelaki dipercayai penyerang berdiri berhampiran sebuah kenderaan sambil memegang raifal dan memakai pakaian tradisional Mesir.

 

Must Watch Video

Advertisement