Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Harga minyak dunia naik susulan serangan baharu AS

U.S. President Donald Trump speaks during an event to mark Military Mother's Day, in the East Room at the White House in Washington, D.C., U.S., May 6, 2026. REUTERS/Kylie Cooper
Presiden Donald Trump sebelum ini menegaskan kepentingan memastikan selat tersebut kekal terbuka kepada semua pihak. - Gambar/ Reuters

TEHRAN: Harga minyak dunia meningkat lebih satu peratus selepas laporan media antarabangsa menyatakan tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan baharu ke atas sebuah tapak ketenteraan Iran, sekali gus menambah kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik di Timur Tengah.

Berdasarkan laporan Reuters, niaga hadapan minyak mentah Brent naik melebihi satu peratus kepada lebih AS$93 setong (sekitar RM437), manakala niaga hadapan minyak mentah AS turut meningkat kepada lebih AS$90 setong (sekitar RM423) selepas sebelum ini berada pada paras terendah sejak 17 April.

Must Watch Video

Advertisement