Skip to main content

Dunia

Ketegangan AS-Iran tekan pasaran Asia, harga minyak melonjak

TB_GAS PRICE INCREASED GENERIC_ADOBE
Pasaran saham Asia kebanyakannya susut pada pembukaan dagangan hari ini susulan ketegangan yang kembali memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, sekali gus menjejaskan sentimen pelabur serantau. - Gambar hiasan/ Reuters

TEHRAN: Pasaran saham Asia kebanyakannya susut pada pembukaan dagangan pada Khamis susulan ketegangan yang kembali memuncak antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, sekali gus menjejaskan sentimen pelabur serantau.

Indeks penanda aras utama di beberapa pasaran termasuk Korea Selatan, Hong Kong dan Australia dibuka rendah, mencerminkan kebimbangan terhadap perkembangan geopolitik yang semakin tidak menentu.

Pada masa sama, harga minyak global meningkat berikutan ketidakpastian baharu mengenai gencatan senjata antara AS dan Iran, dengan niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak melebihi AS$95 setong (kira-kira RM445 setong).

Niaga hadapan minyak mentah AS turut mencatatkan kenaikan kepada lebih AS$91 setong (sekitar RM427 setong), didorong kebimbangan terhadap gangguan bekalan tenaga global.

Pedagang kini memantau rapi laporan pertembungan antara kedua-dua pihak ketika rundingan sedang berlangsung bagi menamatkan konflik, dengan Selat Hormuz, laluan penting perdagangan minyak dunia yang dilaporkan masih tersekat.

Situasi itu menambah tekanan kepada pasaran kewangan global, dengan pelabur kekal berhati-hati terhadap sebarang perkembangan lanjut yang boleh menjejaskan kestabilan bekalan minyak dan pertumbuhan ekonomi.

Must Watch Video

Advertisement