Skip to main content

Dunia

Keir Starmer letak jawatan, kekal PM sementara hingga pengganti dipilih

British Prime Minister Keir Starmer announces the timeline for his resignation, outside 10 Downing Street, in London, Britain, June 22, 2026. REUTERS/Jack Taylor
Starmer (foto) berkata setiap keputusan yang diambil sepanjang memegang jawatan dibuat demi kepentingan negara dan beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka. -Gambar fail/Reuters

LONDON: Perdana Menteri Britain, Keir Starmer umum letak jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh selepas menerima mesej jelas daripada partinya mengenai kepimpinan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sehingga penggantinya dipilih, Starmer akan terus menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Starmer berkata, setiap keputusan yang diambil sepanjang memegang jawatan dibuat demi kepentingan negara dan beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Beliau memaklumkan telah berhubung dengan Raja Britain pagi Isnin bagi memaklumkan hasrat berundur daripada jawatan tersebut.

Menurutnya, proses pemilihan pemimpin baharu Parti Buruh akan bermula pada 9 Julai dan dijangka selesai sebelum Parlimen kembali bersidang pada September.

Dalam masa sama, beliau berjanji akan memastikan peralihan kuasa berjalan lancar serta memberikan sokongan penuh kepada pemimpin baharu yang bakal mengambil alih pentadbiran kerajaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement