Skip to main content

Dunia

Keadilan untuk Khamenei kekal keutamaan Iran - Baghaei

Ismail Baghaei, spokesperson for the Ministry of Foreign Affairs -- X @IRIMFA
Esmaeil Baghaei (foto) berkata kementeriannya memikul tanggungjawab yang jelas untuk mendokumentasikan jenayah pakatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. -Gambar fail/X

TEHRAN: Kerajaan Iran menegaskan bahawa usaha menuntut keadilan berhubung pembunuhan Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, serta setiap rakyatnya yang terkorban menjadi prinsip utama pentadbiran negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata, kementeriannya memikul tanggungjawab yang jelas untuk mendokumentasikan jenayah pakatan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

"Kami akan menggunakan semua instrumen serta peluang perundangan di peringkat antarabangsa bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan," katanya dalam satu sidang akhbar, di sini, pada Isnin.

Mengulas mengenai situasi geopolitik serantau, Baghaei mendedahkan bahawa Tehran kini sedang berusaha untuk mencapai persetujuan berhubung mekanisme bersama dengan Oman bagi pengurusan laluan maritim di Selat Hormuz.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa rancangan tersebut menghadapi jalan buntu ekoran tekanan politik berterusan yang dikenakan oleh pihak Washington terhadap Muscat.

Situasi di laluan perdagangan strategik itu terus meruncing selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengisytiharkan penutupan Selat Hormuz susulan tindakan ketenteraan agresif daripada pihak AS.

 

 

Must Watch Video

Advertisement