Skip to main content

Dunia

Jemaah haji dinasihatkan elak pendedahan langsung kepada matahari

Muslim pilgrims use umbrellas to shield themselves from the sun after noon prayers outside Nimrah Mosque at the Plain of Arafat during the annual hajj pilgrimage, outside the holy city of Mecca, Saudi Arabia, May 26, 2026. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa REFILE - QUALITY REPEAT
Jemaah haji menggunakan payung untuk melindungi diri daripada terik matahari selepas solat Zuhur di luar Masjid Nimrah di Padang Arafah, 26 Mei 2026. REUTERS

ARAFAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) mengeluarkan amaran mengenai kenaikan suhu secara beransur-ansur di Arafah.

Ia bertepatan dengan penurunan ketara tahap kelembapan, yang mungkin meningkatkan sensasi haba dan kekeringan di atmosfera, terutamanya pada waktu siang, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Pusat itu menggesa jemaah haji supaya mengelakkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari dan seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari kawasan terbuka.

Pusat berkenaan juga menekankan kepentingan berada di kawasan teduh atau tertutup dan mengikut arahan serta garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan mereka semasa ibadah haji.

-- BERNAMA-SPA

 

Must Watch Video

Advertisement