ISTANBUL: Presiden Iran Masoud Pezeshkian pada Isnin berkata dana Iran berjumlah US$6 bilion yang disimpan di Qatar perlu dilepaskan dan dipulangkan kepada negara itu mengikut perjanjian yang dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi yang memetik media Iran.
Menurut agensi berita ISNA, Pezeshkian berkata berdasarkan perancangan yang dipersetujui, sebanyak US$6 bilion daripada keseluruhan US$12 bilion dana Iran di Qatar sepatutnya dipulangkan kepada negara itu.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ayatollah Agung Shobeiri Zanjani.
Pezeshkian turut memaklumkan bahawa usaha susulan sedang dijalankan bagi mendapatkan semula baki dana berkenaan.
-- BERNAMA-ANADOLU