Skip to main content

Dunia

Indonesia lanjutkan dasar BDR susulan ketegangan Asia Barat

KUALA LUMPUR, Oct 24 -- Indonesia Coordinating Minister for Economic Affairs Airlangga Hartarto speaks at the Special ASEAN Economic Community Council (AECC) Meeting on the Digital Economy Framework Agreement (DEFA) on the sidelines of the 47th ASEAN Summit and Related Summits at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) today.  -- fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto berkata kerajaan terus memantau perkembangan di Asia Barat dengan teliti. - Gambar Bernama

JAKARTA: Indonesia akan melanjutkan dasar bekerja dari rumah (BDR) untuk penjawat awam, pekerja perusahaan milik negara dan pekerja sektor swasta selama dua bulan susulan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat, kata seorang menteri kanan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata, kerajaan terus memantau perkembangan di wilayah itu dengan teliti dan masih belum mengumumkan tarikh tepat untuk melaksanakan pelanjutan berkenaan.

Di bawah dasar itu, penjawat awam bekerja dari rumah pada Jumaat, manakala bekerja di pejabat diteruskan dari Isnin hingga Khamis.

Syarikat swasta dan perusahaan milik kerajaan dibenarkan melaksanakan satu hari BDR setiap minggu.

Kerajaan memaklumkan, aturan itu tidak akan menjejaskan gaji pekerja, faedah atau kelayakan cuti tahunan.

Pengecualian dikenakan ke atas sektor yang memerlukan pengoperasian di tapak, termasuk penjagaan kesihatan, tenaga, infrastruktur, perkhidmatan awam, peruncitan, pembuatan dan pelancongan.

Menurut kerajaan, dasar tersebut boleh dilanjutkan bergantung pada perkembangan global.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement