Skip to main content

Dunia

Ghalibaf dilantik wakil khas Iran urus hubungan dengan China

In this photo released by the Pakistan Prime Minister Office, Iran's Parliament Speaker Mohammad Bagher Ghalibaf, left, shakes hand with Pakistani Prime Minister Shehbaz Sharif prior to their meeting, in Islamabad, Pakistan, Saturday, April 11, 2026 (Pakistan Prime Minister Office via AP)
Pelantikan Mohammad Bagher Ghalibaf (foto) dibuat atas cadangan Presiden Masoud Pezeshkian dan mendapat kelulusan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei. -Gambar fail/AP

TEHRAN: Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, dilantik sebagai wakil khas negara itu bagi mengurus hubungan diplomatik dan ekonomi dengan China.

Menurut agensi berita Tasnim, pelantikan tersebut dibuat atas cadangan Presiden Masoud Pezeshkian dan mendapat kelulusan Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Mojtaba Khamenei.

“Ghalibaf akan bertanggungjawab menyelaras sektor strategik dalam hubungan di antara Tehran dan Beijing,” menurut laporan yang dipetik Reuters.

Peranan itu sebelum ini dipegang oleh bekas pegawai kanan keselamatan, Ali Larijani, yang terkorban dalam serangan udara pada Mac lalu.

Larijani merupakan tokoh penting dalam rundingan strategik Iran–China, termasuk memainkan peranan dalam pemeteraian Perjanjian Kerjasama 25 Tahun di antara kedua-dua negara pada 2021.

Sejak ketegangan meningkat di antara Iran dan pakatan Amerika Syarikat (AS) serta sekutunya, Ghalibaf dilihat memainkan peranan penting dalam usaha diplomasi negara itu, termasuk terlibat dalam rundingan dengan Washington.

Pelantikan ini dilihat sebagai langkah Iran untuk memperkukuh hubungan strategik dengan China, terutama dalam menghadapi tekanan sekatan ekonomi antarabangsa.

Bagaimanapun, perkembangan ini berlaku selepas Presiden AS, Donald Trump, menolak cadangan damai Tehran serta menamatkan pengecualian sekatan minyak Rusia.

Iran dijangka terus memanfaatkan hubungan dengan China bagi mengurangkan kesan sekatan serta memastikan kelangsungan eksport tenaga di pasaran global.

 

Must Watch Video