Skip to main content

Dunia

Dron tentera sasar pangkalan AS di Jordan, Kuwait, Bahrain - Iran

Sumber: REUTERS
Ketegangan serantau berkaitan Selat Hormuz terus memuncak ketika AS dan Iran saling berbalas. - Gambar hiasan/ Reuters

HAMILTON: Tentera Iran pada Jumaat mendakwa dronnya menyasarkan kemudahan tentera Amerika Syarikat (AS) di Jordan dan Kuwait, selain menyebabkan letupan di pangkalan Armada Kelima AS di Bahrain, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Tasnim, tentera Iran memaklumkan serangan itu dilancarkan dalam fasa ke-14 operasi “Thunder”.

Menurut kenyataan itu, dron Iran menyerang sebuah depot peluru di Kem Al-Adire, selain bangunan, kemudahan penyimpanan peluru dan rangkaian komunikasi di Pangkalan Al-Salem, Kuwait.

Tangki bahan api di Pangkalan Udara Al-Azraq, Jordan turut menjadi sasaran.

Selain itu, Tasnim yang memetik sumber Arab melaporkan beberapa letupan kuat berlaku di pangkalan Armada Kelima AS di Bahrain susulan serangan Iran.

Tentera Iran menyifatkan Al-Adire, Al-Salem dan Al-Azraq sebagai hab utama logistik dan operasi AS, sambil memberi amaran bahawa mana-mana negara yang cuba mencabar ketegasan Iran akan berdepan kesiapsiagaan angkatan tenteranya yang “tidak berbelah bahagi”.

Ketegangan serantau berkaitan Selat Hormuz terus memuncak ketika AS dan Iran saling berbalas serangan meskipun memorandum persefahaman yang diusahakan Pakistan ditandatangani bulan lepas bagi menamatkan perang dan mencapai perjanjian damai berkekalan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement