Skip to main content

Dunia

25 kapal lepasi Selat Hormuz - IRGC

Vessels in the Strait of Hormuz, Iran, May 22, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengumumkan 25 kapal telah melepasi di Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas setelah mendapat pelepasan dan penyelarasan keselamatan daripada pasukan tentera laut IRGC. - Foto REUTERS

TEHRAN: Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran mengumumkan 25 kapal telah melepasi di Selat Hormuz dalam tempoh 24 jam lepas setelah mendapat pelepasan dan penyelarasan keselamatan daripada pasukan tentera laut IRGC.

Ia termasuk kapal tangki minyak, kapal kontena dan kapal komersial lain, menurut agensi berita Mehr.

Pejabat perhubungan awam Tentera Laut IRGC berkata kesemua kapal melayari selat itu selepas menyelesaikan proses penyelarasan yang diperlukan dengan pihak berkuasa tentera laut Iran, yang menyediakan perlindungan keselamatan untuk laluan berkenaan.

-- BERNAMA-MNA

 

Must Watch Video

Advertisement