Skip to main content

Dunia

19 kanak-kanak tinggalkan Gaza untuk rawatan perubatan - Ketua WHO

71761950776_child.jpg
BANDARAYA GAZA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengesahkan bahawa seramai 19 kanak-kanak telah dipindahkan dari Gaza ke Mesir pada Khamis bagi mendapatkan rawatan perubatan yang mendesak.

Pemindahan ini berlaku di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, dengan hospital-hospital utama dilaporkan lumpuh akibat kekurangan bekalan ubat dan bahan api.


Menurut WHO, lebih 170,000 orang telah cedera sejak konflik bermula, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kecederaan serius seperti amputasi dan luka bakar teruk.


Dr Tedros menyifatkan gencatan senjata sementara sebagai โ€œtalian hayatโ€ kepada sistem kesihatan Gaza yang hampir musnah, namun menegaskan bahawa keperluan bantuan masih sangat besar dan mendesak.






Must Watch Video