Skip to main content

Dunia

Arab Saudi naik taraf papan tanda di Masjidil Haram bagi lancarkan pergerakan jemaah

Masjidil Haram terima kunjungan jemaah pada jumaat pertama ramadan
Penambahbaikan itu bertujuan membantu jemaah sampai ke destinasi masing-masing dengan mudah. - Foto BERNAMA

MINA: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi membangunkan papan tanda pandu arah “Anda Di Sini” yang dikemas kini bagi memudahkan pergerakan jemaah haji dan umrah di dalam Masjidil Haram.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan penambahbaikan itu bertujuan membantu jemaah sampai ke destinasi masing-masing dengan mudah, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa itu untuk meningkatkan pengalaman pengunjung Masjidil Haram.

Kerja pembangunan itu merangkumi pengemaskinian kandungan papan tanda berdasarkan pengubahsuaian dan penambahbaikan berterusan terhadap perkhidmatan serta kemudahan di dalam Masjidil Haram, bagi memastikan ketepatan maklumat yang disediakan selain selaras dengan perubahan di lapangan.

Pihak berkuasa itu menegaskan langkah berkenaan dilaksanakan dalam kerangka komitmennya untuk meningkatkan kecekapan sistem panduan lokasi dengan menyediakan maklumat yang jelas dan terkini, bagi membantu pengunjung mengenal pasti lokasi mereka serta bergerak dengan lebih berkesan, khususnya ketika waktu puncak.

Papan tanda yang dikemas kini itu turut menyumbang kepada pengurangan kesesakan akibat pertanyaan, selain melancarkan pergerakan orang ramai, menyokong usaha pengurusan dan meningkatkan keseluruhan pengalaman pengunjung.

-- BERNAMA-SPA

 

Must Watch Video

Advertisement