Skip to main content

Dunia

235 tan air zamzam diedarkan setiap hari di Masjid Nabawi

Sumber: BERNAMA
Usaha memenuhi keperluan jemaah dan pengunjung itu diteruskan sepanjang tahun, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan kepada jemaah. - Gambar fail/Bernama

MADINAH: Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan Masjid Nabawi mengagihkan kira-kira 235 tan air zamzam setiap hari, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Usaha memenuhi keperluan jemaah dan pengunjung itu diteruskan sepanjang tahun, sebagai sebahagian usaha berterusan untuk memberikan perkhidmatan kepada jemaah di dua masjid suci itu.

Sistem berkenaan terdiri daripada lebih 10,000 pembahagi air zamzam yang diedarkan di seluruh Masjid Nabawi dan pekarangannya, diisi semula dan dipantau secara berterusan, dengan pemeriksaan kualiti dan keselamatan berkala menggunakan teknologi ujian air khusus terkini untuk memastikan akses yang selamat dan lancar kepada air yang diberkati itu.

Perkhidmatan tersebut adalah sebahagian ekosistem bersepadu pihak berkuasa untuk menjaga pengunjung Masjid Nabawi dan menyediakan perkhidmatan dengan standard kualiti dan kecekapan operasi tertinggi.

-- BERNAMA-SPA

Must Watch Video

Advertisement